.

Selamat Datang ke Warnakini


Blog ini mengumpulkan hasil kerja saya yang dibuat secara suka-suka atau sebagai perkhidmatan suntingan secara amatur. Sebenarnya, suntingan gambar banyak kelebihannya kerana ia mampu menyerlahkan imaginasi anda. Gambar-gambar andalah medan yang terbaik bagi merealisasi setiap yang anda fikirkan.Berikan sentuhan terbaik pada gambar anda untuk mengecapi impian di hati.
Gambar tidak pernah usang atau tidak berguna. Setiap gambar yang dikatup oleh lensa kamera anda semestinya menempelkan seribu satu memori bermakna untuk kenangan masa hadapan. Pada hari ini, teknologi suntingan gambar memudahkan transformasi gambar biasa kepada  versi yang lebih memikat mata. Kini, setiap gambar bukan sahaja menjanjikan visual untuk tatapan pengimbas. Gambar hasil suntingan juga mampu memberikan kelebihan sebagai kegunaan peribadi dan komersial.


Di blog ini, anda boleh melihat beberapa contoh editing daripada saya dari peringkat tidak menjadi kepada suntingan hampir sempurna. Segalanya dilakukan sambil belajar kerana setiap pengalaman suntingan yang baru akan menjanjikan ilmu baru yang sentiasa boleh diasah dan diperhalusi bagi menghasilkan suntingan yang lebih baik di karya-karya yang seterusnya. Sebarang komen membina amat dialu-alukan. Sekiranya sudi untuk mencuba kebolehan suntingan daripada saya, saya jemput anda untuk membaca butiran khidmat suntingan saya di ruang sebelah kiri blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...