KONVO IMPIAN 5 LAVENDER

Projek suka-suka sebelum tmat kontrak sebagai guru ganti di SMK Bandaraya. 5 Lavender, kelas yang dikira terhujung dalam tingkatan 5. Bilangannya sangat sedikit iaitu 14 orang. Mungkin di sini lah sesuai untuk  saya buat projek 'Konvo Impian'
















Selesai, edit seorang demi seorang. puas potong-memotong. gunting-menggunting. Saya kira satukan semua gambar ini pada satu poster. Rancang mahu print dan letak di kelas mereka sebagai memberis emngat kepada calon yang bakal menduduki SPM beberapa hari lagi. Inilah hasilnya,









Alkisah 4 Blossom

4 Blossom,  kelas praktikal Kimia bermula Mac 2013. Kelas favorite sepanjang praktikal. Hari terakhir praktikal 12 Julai 2013, 8.10 am kelas Kimia terakhir. Semua 40 orang (pada masa itu) hadir dan dapat bergambar buat kali terakhir.


Sayangnya, muka 2 orang pelajar Sunmerris dengan Hadi terlindung, buat pembetulan dan jadikan cover photo fb sehingga sekrang, mudah-mudahan lebih lama lagi di sana.Inilah semua wajah 40 pelajar 4 blossom 2013


Gambar cenderahati sebagai kenangan yang saya bagi setiap seorang di bawah. agak sukar nak buat sebab banyak layer dan kena touch up semua muka satu persatu. Memang kena ada sabar yang cukup. Nasib baik sempat siapsebelum hari terakhir praktikal dan terus print di kedai gamabr.



5 Everlasting Bersatu

Kelas sains terakhir bersama 5 Everlasting pada 12 Septetmber 2014. Saya menjanjikan hukuman label/sticker "PELAJAR CEMERLANG" di dahi sekiranya tidak menyiapakan kerja Sains. Misi tidak menjadi kerana semua pun mahukan sticker dan lekatkan di dahi. Maka, eloklah buat sesi bergambar. Mereka seakan tahu itulah kelas terakhir bersama (hakikatnya tidak). Sayangnya, disebabkan pada hari tersebut ada pamaeran Sains beberapa pelajar tidak berada di kelas kerana terlibat sebagai AJK. Memang susah la kalau mahu ada semuanya. Di bawah, saya terpaksa buat superimpose nak sertakan 9 orang lagi yang tidak turut serta dalam kelas pada hari last. Sebagai poster motivasi, print besar-besar di kelas mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...